Terkenal sebagai seorang pemidato hebat, digelar Dai Sejuta Umat, kiai seorang ini memperolehi gelar doktor falsafah di Univesiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Antara katanya yang popular, apabila ditanya wartawan ke mana beliau pergi setelah lama berundur dari arena media massa. Beliau menjawab, “Saya tidak ke mana-mana, tapi saya ada di mana-mana”. Bermula dari situ kata-katanya menjadi ajukan para pengikutnya.
Dai kondang sejuta umat ini sebelum menjadi Ketua Umum DPP Partai Bintang Reformasi, pernah berlakon filem bersama Raja Dangdut Rhoma Irama. Baginya aktiviti dakwah tidak terlingkung dalam kencangnya pidato bahkan juga melalui hiburan dan welas aseh. Dengan gaya bahasa sederhana, diselang seli humor tajam, ramai menjadi terhibur dengan pidatonya, tidak hairanlah ratusan malah ribuan orang sering hadir dalam ceramahnya. Begitu juga dengan kaset ceramahnya, beredar ke seluruh pelosok Indonesia, dari Sabang sampai Marueke.
Sumber:
tokohindonesia.com





Tiada ulasan:
Catat Ulasan