Keluarga besar Shihab amat terkenal di Indonesia, tiga orang daripadanya menjadi panutan sebahagian besar umat Islam Indonesia. Iaitu Umar Shihab, Quraish Shihab dan Alwi Shihab.
Dr. Alwi Shihab sekarang menjawat sebagai utusan khusus presiden di timur tengah. Beliau mempunyai dua Ph.D, iaitu dari Universiti Ain Shams, Kaherah, Mesir pada tahun 1990 dan Universiti Temple, USA pada tahun 1995. Pernah mengajar agama Islam di Hartford Seminary, Harvard Divinity School di Universiti Harvard, USA dan Aubum Theological Seminary of New York. Kerana itu nama beliau tidak asing lagi dikalangan pemikir Islam USA, lebih-lebih lagi beliau adalah ahli Islam pertama yang duduk di Board of Trustee pada Centre for the Study of World Religions, lembaga pengkajian yang berafiliasi dengan Harvard Divinity School. Dalam arena politik pula, beliau pernah menjawat sebagai Menteri Luar Negeri bagi Republik Indonesia, Presiden Partai Kebangkitan Negara (PKB) dan sekarang sebagai Sekretaris Dewan Syuro Partai Kebangkitan Nasional Ulama (PKNU). Kedua-dua parti ini didukungi oleh para kiai sepuh negara tersebut yang kebanyakkannya adalah ahli Nadhlatul Ulama (NU), sebuah pertubuhan dakwah terbesar di Indonesia selain Muhammadiyah.
Manakala Dr. Umar Shihab pula tak kurang tandingnya, menjadi Ketua Majelis Ulama Indonesia (MUI) adalah suatu tanggungjawab besar, segala tutur kata gerak geri sehingga fatwanya menjadi panutan umat Islam, bahkan juga terkadang menjadi kontraversi dikalangan sebahagian organisasi dakwah di sana.
Quraish Shihab pula tak perlu diperkenalkan lagi, seorang tokoh mufassir nusantara. Anaknya Najwa Shihab juga seorang selebriti, sebagai wartawan di Metro TV.
Selain itu ada seorang lagi dari keluarga besar Shihab yang mula melonjak naik namanya iaitu Dr. Akhmad Nizar Shihab.
Sumber:
tokohindonesia.com, id.wikipedia.org







Tiada ulasan:
Catat Ulasan